KPMNJ Ditubuhkan Pada Tahun 1965. Koperasi Ini Didaftarkan Pada 3hd. Mac 1966 Di Bawah Akta Koperasi 1948. Penubuhannya Adalah Di Atas Inisiatif Beberapa Pegawai Kerajaan Berbangsa Melayu Yang Diketuai Oleh Tan Sri Dato’ Haji Basir Bin Ismail Yang Sedar Betapa Pentingnya Orang-Orang Melayu Melibatkan Diri Dalam Bidang Ekonomi Bagi Meningkatkan Taraf Hidup Mereka.




KPMNJ mengumpul modal daripada masyarakat Melayu untuk dilaburkan dalam pelbagai bidang ekonomi. Usaha ini menyatukan orang Melayu dalam pembangunan ekonomi sambil memberi pulangan melalui dividen, bonus, dan faedah lain yang disediakan.

KPMNJ memiliki aset yang kukuh, modal yang besar, kepelbagaian perniaagaan yang menguntungkan dan berada di antara 10 koperasi terbaik di Malaysia.

Bersama Membina Kesejahteraan Ekonomi Anggota
Era ini merupakan fasa penubuhan dan peletakan asas KPMNJ. Koperasi ini didaftarkan pada 3 Mac 1966 di bawah Akta Koperasi 1948 dengan matlamat utama untuk mengumpul modal di kalangan orang Melayu dan melaburkannya dalam bidang ekonomi. Tan Sri Dato’ Haji Basir bin Ismail bertanggungjawab memastikan KPMNJ kukuh, memiliki modal yang besar, dan mula melaksanakan pelaburan awal, terutamanya dalam bidang perladangan. Era ini berjaya menyatukan orang Melayu untuk bergerak dalam bidang ekonomi secara kolektif.




















