KPMJ HOLDINGS SDN BHD
Mengurus Pelaburan, Menjana Nilai
Anak Syarikat Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) Yang Berperanan Sebagai Syarikat Pegangan Dan Pengurusan Pelaburan Strategik.

KPMJ Holdings Sdn Bhd
KPMJ Holdings Sdn. Bhd. (KPMJH) pada asal penubuhannya merupakan anak syarikat milik penuh Kayu Utama Sdn. Bhd. (KUSB) yang dimiliki sepenuhnya oleh KPMNJ. Pada tahun 1992, KPMJ (H) menjadi subsidiari milik penuh KPMNJ secara langsung melalui proses penstrukturan semula.







Aktiviti Perniagaan
KPMJ (H) telah memulakan operasi perniagaannya pada tahun 1988 dengan aktiviti utama sebagai syarikat pegangan dan pengurusan pelaburan/saham. Syarikat ini juga terlibat dalam pengurusan pusat peranginan dari tahun 1990 hingga 1995 serta aktiviti penyewaan bangunan.
- 1988 — Pelaburan dalam Higlo Rubber Products Sdn. Bhd.
- 1989 — Mengendalikan pusat peranginan Tinggi Island Resort (TIR).
- 1991 — Pelaburan dalam Sekamat Utama Sdn. Bhd.
- 1991 — Pembelian kondominium di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Pengurusan Pelaburan
Pada tahun 2004, KPMNJ telah memberi kepercayaan kepada KPMJ (H) untuk menguruskan pelaburan miliknya. Sebagai ganjaran, KPMJ (H) menerima yuran pengurusan sebanyak 1.75% daripada nilai semasa pelaburan pada setiap akhir bulan.
Selain itu, KPMJ (H) juga menguruskan simpanan khas anggota bagi bayaran dividen yang tidak diambil oleh anggota dengan imbalan yuran pengurusan sebanyak 1.5% daripada nilai ketara bersih dana.

