Aku anak penoreh yang bahagia.

Gambar : source google.

Dulu bahagia bila hari hujan,

ibu tidak dapat menoreh, saya bahagia bila ibu sentiasa ada dirumah:)

Saya bahagia bila dapat makan sedap dengan ibu sebab ibu masak awal pagi.

saya bahagia bila ibu duduk-duduk dan tengok tv bersama saya.

Saya bahagia bila ibu dapat mandikan saya.

Saya bahagia bila ibu dapat cerita macam-macam bersama saya.

Saya bahagia bila ibu tidak bekerja sebab ibu tidak letih dan ibu akan layan saya!

Itu cerita kebahagian saya dan ibu, dan saya pasti ramai sahabat juga punya versi sendiri cerita kebahagian bersama ibu.

Kini,
Wajah ibu hanya dalam kenangan, Doa sahaja yang saya dapat beri pada ibu, saya tidak dapat membalas segala kebaikkan ibu lagi, saya tidak dapat lagi doa dari seorang ibu,
Namun saya mohon ALLAH bahagiakan ibu dan ayah saya DISANA.Moga ibu dan ayah sentiasa tenang.

Sayangilah ibu dan bapa kita,
Lupakan saja kalau kita pernah bersengketa,
lupaka saja perkera remeh temeh yang tak penting untuk kita focus.
Kita mahu anak-anak kita mengingati kita, tetapi kita?
Kita lupa untuk cium ibu dan ayah kita bila ada peluang,
kita lupa banyak perkara yang membahagiakan.
kita terlupa banyak kesusahan ibu dan ayah kita.

Kita ini suka menerima sahaja!

Terima kasih untuk semua jasa ibu dan ayah di dunia ini.

SILA SHARE SEBANYAK MUNGKIN KALAU SAHABAT SAYANG WANITA YANG BERNAMA IBU.

Naz abdul.
Saya anak penoreh!

‪#‎nazurahcom‬ ‪#‎intaiintai‬

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *