10 perkara utama yang harus sahabat fikirkan sebelum tinggalkan kerjaya bermajikan.

Sahabat yang masih bermajikan dan mahu beralih arah ke dunia bisnes / bekerjaya dari rumah , ini beberapa pesanan ikhlas dari saya yang telah melaluinya.

Dunia luar tidak seindah seperti yang kita lihat atau sebagainya,
Ketahuilah sahabatku yang masih bekerjaya bermajikan,
Beberapa perkara yang perlu sahabat hadam sebelum sahabat melangkah keluar,

1: Apa yang kita mula bayangkan mungkin tidak seindah apa yang akan kita hadapi nanti, dunia di luar sangat mencabar dan ianya sangat keras untuk kita lalui.

2: Sahabat semua perlu menjadi diri sendiri, mula membuat keputusan sendiri selepas ini dan semua keputusan baik atau buruk kita yang tentukan. Peratusan untuk kita failed/buat salah sangat tinggi tetapi harus kita pahatkan dihati ianya adalah perkara biasa yang harus kita lalui. Jatuh dan harus bangun semula.

3:Tiada siapa lagi yang akan memberi sahabat tunjuk ajar, motivasi dan sebagainya, tiada lagi arahan kepada sahabat.
Semuanya sahabat yang juga harus tentukan sebaik mungkin.

4: Tiada lagi waktu kerja yang harus sahabat patuhi tetapi haruslah sahabat tahu bahawa bekerjaya sendiri itu lebih hebat perlukan disiplin kita untuk menyusun sendiri masa kita dan ianya tentang “result” kita atau bisnes kita, masa itu emas.

5: Tiada lagi bonus besar setiap setengah tahun atau hujung tahun dari pihak syarikat dan hasil jualan/ kerjaya dari rumah memerlukan kerja keras sepanjang masa dan waktu. Kita pasti letih tetapi harus bertahan.

6: Janganlah kita bawa pangkat kita ke dunia luar, ini penting supaya kita tahu proses untuk bawa diri dan berjuang di medan luar.Ada orang bawa pangkat kerja dalam kehidupan dunia luar dan ini sebenarnya menjadikan kita kurang bijak kerana dunia luar haruslah kita bersilaturahim tanpa sempadan , sahabat nanti bukan jaguh lagi di dunia luar dan yang penting mereka bukan lagi menurut perintah atau arahan sahabat.

7:Tiada kesakitan yang akan menyebabkan kita “mc” cuti tahunan atau cuti public holiday , semua cuti itu akan menyebabkan kita tiada gaji nanti. Ini juga memerlukan tahap fizikal dan momemtum yang bagus.

8: Kita perlukan bekalan ilmu yang cukup, sahabat mulalah sedikit-sedikit dari sekarang ya. Mulalah membaca ataupun mulalah mencari kelas yang sesuai untuk sahabat. Mulalah belajar sesuatu di tempat kerja sekarang, ianya mungkin boleh membantu sedikit sebanyak bila kita harus berjuang sendiri nanti,

9: Haruslah sahabat mengira berapa jumlah wang yang ada ditangan supaya sahabat tidak berlebihan dalam belanja. ianya akan menyebabkan sahabat panik nanti sekiranya sahabat tidak dapat menjana pendapatan kerana apa yang akan kita ceburi nanti perlukan masa untuk membuatkan hati senang:).

10: Buatlah keputusan yang tepat, janganlah hanya kerana mengikut orang lain atau pendapat orang lain, Lebih baik sahabat membuat sedikit “research ” tentang apa yang bakal sahabat lakukan. Biarpun payah tetapi haruslah berusaha, biarpun salah tetapi haruslah mencuba!

Ini kisah perjuangan kita, ini akan menjadi cerita kejayaan kita,
Berusahalah walaupun payah, berusahalah tanpa lelah.
Tiada yang mudah di dalam proses mendaki. Sekiranya salah mulalah bertenang dan lakukan lagi. Lihat semula apa yang salah dan perbaiki. Mohon Allah lancarkan segalanya nanti. Insyallah.

Salam kejayaan untuk semua sahabat.

Tahniah juga kepada semua sahabat ABDR, anda semua juga adalah inpirasi saya dan tak lupa juga pada semua kakak-kakak yang banyak memberi nasihat dan banyak berkongsi pandangan dan adik=adik comel yang sekarang tidak bermajikan lagi.
Nota: Ini adalah cerita pengalaman saya selama hampir masuk tahun ke-6 bekerjaya hanya dari rumah dan ianya mungkin akan memberi manfaat kepada sahabat nanti. Doakan kita semua murah rezeki.

Diizinkan share sekiranya sahabat rasa ianya bermanfaat untuk orang lain juga.

Berdiri dengan ikhlas,mendakilah dengan tenang!

DO WHAT YOU L.O.V.E
Naz abdul
Entrepreneur idea I TH Tunecraft I work from home I
Whatsap : +601136106291

‪#‎nazurahcom‬ ‪#‎intaiintai‬ ‪#‎workfromhome‬ ‪#‎idea‬ ‪#‎THTunecraft‬

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *