Mari bertarung di medan sendiri!

Medan berbeza:
———————-
Ramai ingat lepas berhenti kerja bolehlah terus memulakan sebarang perniagaan tanpa persediaan apa-apa.
 
Yang kita lihat adalah 5 orang yang berjaya buat begitu dan kita kurang jelas atau nampak mereka yang baru membina perniagaan selepas 2,3 atau 5 bulan sudah tutup. Ada juga selepas 2 minggu pertama tanpa bekalan ilmu dan banyak lagi faktor lain.
 
Bisnes ini sebenarnya bukan mudah, ini percaturan kita di medan sebenar, Di sinilah sebenarnya kita akan teruji dengan kehebatan diri kita. Di sini akan menentukan siapa kita bukan di company orang lain sambil mendabik dada.
 
Yang masih bekerja makan gaji dan menyandang pangkat beso di company orang lain bolehlah cuba menjadi seperti semangat padi. Orang kecil di company beso anda sekarang mungkin juga adalah insan hebat selepas berhijrah dari company beso. Jadi tidaklah perlu anda memandang orang bawahan anda seperti seekor kutu rambut sahaja. kecil!
 
Nota: Ini memang senario biasa dunia realiti dan pengalaman sendiri. kehidupan bermajikan dan bisnes sendiri adalah dua cabang dan medan yang berbeza. Kita ini sebenarnya punya kelemahan berjuta 🙂
IMG20151121152755
 
Salam manis penuh gula untuk semua,
 
Pandai belajar tidak semestinya cerdik berfikir!
 
Do what you L.O.V.E!
Naz abdul
I Entrepreneur idea I work from home
Whatsap : +601136106291

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *