Ibuayah jangan bekerja boleh ?

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Motivasi kehidupan

 

Ibu..jangan pergi kerja boleh ?
========================

Kisah saya,
Ibubapa saya adalah  penoreh getah suatu ketika dahulu, makanya saya adalah anak penoreh getah. epic sungguh 🙂

Setiap hari saya ajukan ibu satu soalan” mak..mak..mak cuti satu hari boleh?….Tapi ibu pergi juga ke kebun. gagal.

Saya ada idea lagi ” saya sorokkan pisau getah ibu, tapi ibu pergi juga sebab ibu ada banyak bilah pisau. Gagal lagi.

saya masih belum berputus asa” saya rampas bekalan air ibu, ibu berlalu pergi tanpa bawa air, kasihan ibu. GAGAL juga usaha saya nan satu ini.

Akhirnya kisah itu sentiasa datang dan pergi, saya terus membesar membawa kenangan bersama ibuayah. Saya belajar banyak perkara melalui mereka dan saya merindui mereka hingga kini. Saya kehilangan kasih abadi itu.

Nota: Anak-anak memang suka ibu dan ayah sentiasa di rumah, mereka kecil, mereka tidak perlu fikir tentang kewangan keluarga, mereka tidak peduli ibu atau ayah punya wang berjuta, mereka hanya mahu ayahibu bersama mereka di rumah!
Dan hari ini anak-anak saya sering bertanya soalan yang sama pada ayah mereka” ayah cuti satu hari boleh ?..ayah keja setengah hari boleh ? ayah duduk bersama kami boleh ?

Indahnya dunia kecil kita dan kasih ibuayah!

Kongsikan apa sahaja bersama saya,

Naz abdul.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *