Dilema wanita yang ingin berhenti kerja dan menjadi “working from home mom “.

Teks:Nazurah Rahim

Foto: Carian Google.
tips niaga


Assalamualaikum pembaca budiman,


Alhamdulilah. Sekiranya kita sudah dapat membuat keputusan untuk bekerja dari rumah. Tentunya ini adalah nikmat bagi kita yang banyak menghabiskan masa di luar rumah dan tempat bekerja sebelum ini. Ramai yang sering mengajukan pertanyaan tentang keputusan untuk berhenti  kerja tetap dan seterusnya bagaimana nanti memilih kerjaya online menjadi agenda kerja utama.

Seringkali juga pertanyaan itu berunsur lebih kepada sudut ketidakpuasan hati dan kehidupan selepas berhenti kerja. Persoalannya adakah kita sudah cukup bersedia untuk berada di situasi itu?

Semestinya pertanyaan  itu seringkali saya sambut dengan sebuah senyuman. Ya ketakutan untuk mengambil risiko adalah sebab utama wanita tewas untuk menjadi suri hebat “working form home mom ” . Secara tepatnya kita sentiasa dimomokkan dengan cerita yang kurang pasti.

Bagaimana mengatasi dilema yang memberi tekanan pada diri “Berhenti kerja atau teruskan bekerja”?
Sebaiknya kita berbalik kepada nawaitu asal kita berada di mana, bekerja  di luar lebih kepada konsep berbaloi ataupun memilih untuk berada di sisi keluarga lebih terasa selesanya. Anda yang tentukan!

Tentunya soalan ini sudah lama anda fikirkan dan menjadi  dilema yang bermain-main di fikiran. Pastinya anda juga sukar sekali membuat keputusan yang tepat.

Antara tips untuk anda yang mungkin dalam dilema menjadi ” working from home mom” :

*Berbalik kepada nawaitu anda sendiri, tujuan sebenar untuk berhenti kerja. Pilihan bijak di tangan anda.

*Pastikan anda ada sedikit simpanan tetap yang boleh anda gunakan ketika anda susah ( hanya persediaan awal)

*Sekiranya anda memilih untuk berhenti dan bekerja dari rumah sebaiknya bercakaplah dengan seseorang yang telah menjurus ke arah itu. Pandangan berbeza mungkin boleh anda jadikan panduan.
(Seringkali kesalahan yang dibuat ialah kita semua  bercakap dan dapatkan pandangan yang salah dari orang yang misinya sangat berbeza dengan kita ). Anda hanya mendengar yang negative sahaja kerana mereka tidak pernah melaluinya.

*Mungkin anda sudah atau sedang membuat persediaan untuk melakukan sesuatu setelah anda berhenti nanti. ( Cuba fikirkan produk yang sesuai sekiranya berbisnes secara online menjadi pilihan utama” )

*Kenal pasti mentor yang boleh membimbing anda nanti. (Orang hebat sudah pasti ada mentor hebat disebaliknya).

*Buat persediaan dari segi fizikal dan mental.

* Cuba berkawan dengan sahabat-sahabat yang boleh menjurus kepada idea bisnes, dari situ anda dapat mencari ilmu.

asas niaga

7 tips itu tadi boleh kita aplikasikan sebagai persediaan awal  ke arah “working from home mom “. Keputusan yang kita buat nanti bakal merubah perjalanan yang sedia ada. Bersikap lebih terbuka untuk menerima ilmu baru  tentunya memberi ruang kehidupan lebih selesa nanti. INSYALLAH.

Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar perkongsian pendek dari saya.


Salam kasih dari saya,

Wasalam.

Nazurah rahim6 JAN 2014 (ISNIN)===============

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *